Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja lari terima padah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Seorang pekerja Indonesia yang melarikan diri telah mengaku bersalah tinggal lebih masa di negara ini dan dijatuhi hukuman penjara lima bulan dengan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis lalu.

    Pendakwa Imigresen Mohd Zul Azri bin Haji Ranee memaklumkan Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman bahawa Budi Armaya, 45, ditahan dalam operasi yang dijalankan pasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di kawasan komersial Kampung Delima pada pagi 29 November lalu.

    Siasatan mendapati defendan tinggal lebih masa selama 544 hari selepas pas kerjanya ditamatkan dan dikenal pasti sebagai pekerja yang dilaporkan melarikan diri daripada majikannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda