TEXAS, AMERIKA SYARIKAT, 26 JUN – Seorang pekerja syarikat penerbangan maut selepas ‘disedut’ enjin pesawat dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa San Antonio di Texas.
Kejadian berlaku ketika sebuah pesawat dari Los Angeles baru sahaja mendarat pada kira-kira 10.30 malam hari Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).
Menurut NTSB, pesawat itu milik Delta Air Lines dan pihaknya sedang berhubung dengan syarikat penerbangan berkenaan untuk menjalankan siasatan mengenai insiden itu. – Bernama

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

