KUALA LUMPUR, 30 DIS – Seorang pekerja Nepal meninggal dunia hari ini selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar daging di negeri Melaka, Malaysia, seorang pegawai mengesahkan.
Jabatan bomba Melaka, Zulkhairani Ramli memberitahu AFP, seorang lelaki berusia 47 tahun sedang bekerja di kilang pemprosesan daging berdekatan Masjid Tanah ketika kejadian berlaku.
“Mangsa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bersama tiga lagi pekerja lain ketika tiba-tiba mesin itu dihidupkan,” katanya.
“Mesin itu terkena pinggang mangsa.
Disebabkan kecederaan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.”
Zulkhairani berkata pihak berkuasa mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa daripada mesin tersebut dan pihak berkuasa masih menyiasat kejadian tersebut.
Malaysia menerima hampir dua juta pekerja asing berdaftar, yang datang ke negara Asia Tenggara untuk mencari prospek kerja yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi daripada negara asal mereka.
Agensi berita Bernama melaporkan terdapat kira-kira 360,000 pekerja Nepal bekerja di Malaysia dengan kebanyakan mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan, pembinaan dan hospitaliti.
Tahun lepas, akhbar Kathmandu Post memetik data dari kedutaan Nepal di Malaysia, berkata kira-kira 322 pekerja Nepal meninggal dunia di Malaysia pada 2018 kerana membunuh diri, penyakit, kemalangan dan faktor lain.
Kedutaan Nepal di Malaysia tidak dapat dihubungi untuk memberi sebarang komen. – AFP