SINGAPURA – Kapsul roda Ferris di Singapura dibasahi hujan.
Ia sedikit sebanyak mengganggu pemandangan tinggi hebat bandar itu. Tetapi pekerja migran yang menaiki tarikan Singapore Flyer tidak begitu kesah.
Terdapat sekurang-kurangnya 20,000 pekerja yang diberikan layanan oleh orang awam dan ahli-ahli perniagaan.
Inisiatif ItsRainingRaincoats memulakan kempen pembelian tiket untuk didermakan kepada pekerja-pekerja pada Januari.
Sukarelawan merasakan ia adalah cara yang bermanfaat untuk menggunakan baucar pelancongan dari kerajaan, pengasas Dipa Swaminathan berkata.
Penduduk Singapura yang berumur 18 tahun dan ke atas menerima S$100 baucar pelancongan. Mereka menggunakannya di tempat-tempat tarikan, hotel dan mengadakan lawatan perniagaan-perniagaan mengalami kerugian pendapatan semasa pandemik koronavirus.
Kumpulan Swaminathan bekerja dengan operator roda Ferris dan menempah platform untuk mendapat tiket laluan kepada pekerja-pekerja luar.
“Ramai yang menghargai sumbangan yang diberikan kepada pekerja-pekerja Singapura dan ini adalah peluang untuk membalas semula jasa mereka,” kata Swaminathan.
“Memberi sememangnya akan mencetuskan kegembiraan. Saya rasa itu yang menyebabkan orang awam menyokong kami dalam usaha seperti ini,” dia memberitahu Associated Press.
Kumpulan tersebut akan terus mengadakan aktiviti sebegitu selagi tiket masih dihulurkan.
Satu tiket yang termasuklah kemasukan ke pertunjukan interaktif, bernilai S$35. Ketika ini ia cukup untuk 20,000 orang pekerja.
Jumlah tersebut bersamaan dengan 200 daripada 700,000 hingga 800,000 pekerja yang tinggal di Singapura, menurut anggaran Swaminathan.
Menurutnya, tarikan semula jadi roda Ferris membuatkan ia sangat sesuai.
Sukarelawan memberi peringatan kepada mereka yang hendak menaiki roda Ferris agar sentiasa memakai penutup mulut dan hidung dan mengekalkan jarak satu meter semasa lawatan baru-baru ini.
Ganesan Thivagar melawat bersama rakan sebilik di asrama. Mereka menunggu semasa kapsul dihentikan sementara disebabkan oleh cuaca buruk.
Apabila tiba masa untuk masuk, pemandangan setinggi 165 meter mempunyai tompok-tompok.
Pekerja berusia 34 tahun itu tidak kesah. Dia terpesona bagaimana Singapura berubah begitu pantas sejak dia kali pertama datang ke sana 14 tahun lalu.
Dia segera merakamkan gambar untuk dihantar kepada keluarganya yang berasal dari India, wilayah Tamil Nadu.
“Saya merasa sangat gembira dapat membuat perjalanan ini dan saya menikmatinya bersama rakan-rakan saya. Terima kasih Singapura (kerana memberikan peluang kepada saya)untuk datang ke mari,” kata Thivagar.
Pekerja-pekerja asing seperti Thivagar mengharungi tempoh masa yang sangat sukar, ketika asrama tempat mereka tinggal merupakan titik panas pada peringkat permulaan jangkitan koronavirus di Singapura.
Pekerja-pekerja migran mencatatkan laporan kes paling banyak di Singapura dengan 60,000 kes.
Walaupun keadaan kini terkawal, pekerja-pekerja asing menjalani sekatan pergerakan yang lebih ketat berbanding dengan penduduk lain. Tetapi langkah tersebut telah dilonggarkan oleh pihak berkuasa.
Natarajan Pandiarajan, berusia 29 tahun, berkata sekatan yang dilaksanakan ‘sangat sukar,’ maka dia berterima kasih kerana dapat diberikan sedikit ruang untuk bernafas seperti lawatan yang diadakan baru-baru ini.
“Perasaan saya bercampur-baur sebelum ini. Tetapi kali ini, saya hanya merasa gembira,” katanya. – AP