Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja pembinaan ditipu lebih RM123,000 pelaburan tidak wujud

    JOHOR BAHRU, 27 OGOS – Seorang pekerja pembinaan kerugian lebih RM123,000 selepas terperdaya skim pelaburan saham dalam talian.

    Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berusia 36 tahun itu menerima mesej menerusi WhatsApp yang menawarkan pelaburan dengan pulangan 88 peratus.

    Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah memuat turun aplikasi BitBest serta mendaftar dan mengisi maklumat peribadi sebelum melakukan sembilan transaksi pembayaran ke lima akaun berbeza pada 1 Ogos hingga Khamis lepas.

    “Mangsa cuba menuntut keuntungan seperti dijanjikan dalam tempoh itu, namun suspek memberikan pelbagai alasan malah mengarahkan dia membuat bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Bagaimanapun, katanya mangsa yang menyedari telah ditipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Sabtu lepas. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda