Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Pekerja Perancis lancar mogok besar-besaran

    PARIS, 11 NOV – Kesatuan-kesatuan pekerja di Perancis melancarkan mogok di jalan-jalan di Paris dan berpuluh-puluh bandar lain di negara itu pada Khamis bagi menuntut kenaikan gaji dan keadaan kerja yang lebih baik, selain mengecam peningkatan kos sara hidup dan menuntut bantuan kerajaan susulan kenaikan harga.

    Confederation Generale du Travail (CGT) berkata kira-kira 150 hingga 200 tunjuk perasaan berlaku pada hari berkenaan di seluruh Perancis, menurut agensi Anadolu.

    CGT menyokong mogok sehari pelbagai sektor itu yang mengancam untuk melumpuhkan rangkaian pengangkutan awam ibu kota.

    Menurut CGT, 4,000 orang mengambil bahagian dalam demonstrasi di Paris yang bermula pada 2 petang waktu tempatan di Place de la Republique dan berakhir di Place de la Bastille.

    Polis dan Kementerian Dalam Negeri menganggarkan 2,000 hingga 4,000 penunjuk perasaan di Paris, namun tiada rusuhan atau pergelutan berlaku semasa protes itu. – Bernama

    Seorang pembantah memegang tukul ketika dia mengambil bahagian dalam demonstrasi sebagai sebahagian daripada mogok di Nimes, selatan Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...