Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja temui mumia berusia 1,000 tahun di Peru

    LIMA, 1 OGOS – Sekumpulan pekerja secara tidak sengaja telah menemukan sebuah mumia berusia lebih 1,000 tahun ketika memasang paip gas di bandar Peru, Lima, menurut majikan mereka dan ahli arkeologi kelmarin.

    Mumia itu ditemui pada minggu lalu di dalam sebuah makam di bawah jalan di utara Lima, kata ahli arkeologi Jesus Bahamonde.

    Mumia tersebut ditemui dalam keadaan berbalut kain kafan, dalam posisi duduk dengan tangan dan kaki yang dibengkokkan.

    Tembikar turut ditemui di dalam makam tersebut yang dipercayai berasal dari tamadun pra-Inca Chancay, yang mendiami kawasan sekitar Lima antara abad ke-11 hingga ke-15.

    Penemuan itu dipercayai merupakan sebahagian daripada kawasan perkuburan purba yang besar.

    Lima, sebuah bandar yang mempunyai lebih 10 juta penduduk, turut menempatkan lebih 500 tapak arkeologi.

    Syarikat gas Calidda melaporkan lebih 2,200 penemuan arkeologi secara kebetulan sejak tahun 2004. – AFP

    Seorang ahli arkeologi membersihkan tengkorak yang ditemukan di daerah Puente Piedra, Lima pada 31 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda