WASHINGTON, 31 JULAI – Seorang pekerja yang tidak puas hati menembak mati dua rakan sekerja dan mencedera seorang pegawai polis di sebuah kedai Walmart di selatan negeri Mississippi semalam, kata pegawai.
Lelaki bersenjata itu, yang belum dikenal pasti, ditembak oleh salah seorang pegawai polis yang bertindak terhadap insiden tembakan di bandar Southaven, beritahu ketua polis Macon Moore kepada wartawan.
Moore berkata dua pekerja Walmart terbunuh dalam apa yang disifatkan oleh beliau sebagai ‘perbuatan ganas sia-sia.’
Beliau berkata pegawai polis itu ‘diselamatkan oleh ves kalis pelurunya.’
Seorang pekerja Walmart memberitahu stesen televisyen tempatan lelaki bersenjata itu telah bekerja di kedai selama 25 tahun sebelum dipecat. – AFP