Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja Vietnam cenderung cari peluang pekerjaan baharu

    HANOI, 5 OKT – Lebih ramai pekerja Vietnam menerokai peluang pekerjaan baharu dengan kira-kira 35 peratus pekerja mencari pekerjaan baharu ketika ini, menurut laporan Michael Page Vietnam Talent Trends 2023 bertajuk The Invisible Revolution.

    Laporan itu mendedahkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Vietnam yang memulakan pekerjaan baharu tahun lalu terbuka kepada peluang baharu.

    Kira-kira 21 peratus pekerja Vietnam merancang untuk memulakan pencarian pekerjaan dalam tempoh enam bulan akan datang. Satu daripada dua pekerja telah menukar pekerjaan sejak bermulanya wabak COVID-19.

    Trend yang tidak pernah berlaku sebelum ini mendedahkan pasaran pekerjaan dinamik yang ditandai dengan peningkatan ketidakstabilan dan kesediaan individu untuk meneroka peluang kerjaya baharu, lapor Vietnam News, hari ini. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda