Tuesday, February 4, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja VW mulakan mogok kali kedua

    WOLFSBURG, 9 DIS – Ribuan pekerja Volkswagen (VW) keluar mogok hari ini dalam pusingan kedua mogok berikutan konflik yang semakin buruk antara kesatuan sekerja dan pihak pengurusan berkenaan pelan penjimatan drastik yang dirancang oleh pengeluar kereta Jerman itu.

    Pemberhentian kerja selama empat jam itu diadakan di sembilan kilang VW di seluruh negara.

    Tindakan itu adalah dua kali ganda tempoh ‘amaran mogok’ pertama yang dianjurkan oleh kesatuan IG Metall minggu lalu, yang membabitkan kira-kira 100,000 pekerja.

    Mogok itu dijadualkan bertepatan dengan pusingan rundingan terbaharu antara kesatuan sekerja dan pihak pengurusan mengenai pelan penjimatan VW.

    Kedua-dua pihak telah terlibat dalam rundingan hangat sejak VW mengumumkan pada bulan September bahawa mereka mempertimbangkan untuk menutup kilang-kilang di Jerman untuk kali pertama dalam sejarahnya.

    Pekerja VW berkumpul untuk mesyuarat seluruh syarikat di kilang ibu pejabat syarikat itu di Wolfsburg, Jerman tengah, pada 4 Disember. – AFP

    Situasi jenama VW itu dianggap ‘serius’ menurut eksekutif, dengan tindakan drastik diperlukan untuk memastikan syarikat itu berada dilandasan yang mampan.

    VW terkesan teruk akibat kos pembuatan tinggi di Jerman, peralihan yang perlahan kepada kenderaan elektrik serta persaingan sengit di pasaran utama seperti China.

    Menurut majlis pekerja, VW sedang mempertimbangkan untuk menutup sekurang-kurangnya tiga kilang di Jerman, yang menempatkan kira-kira 120,000 pekerja.

    Wakil pekerja menentang keras rancangan untuk menutup tapak-tapak tersebut di Jerman dan mengancam tindakan perindustrian besar-besaran.

    Kesatuan IG Metall telah mengemukakan pelan penjimatan kos kepada pihak pengurusan, yang dikatakan akan menjimatkan 1.5 bilion euro (AS$1.6 bilion) untuk syarikat itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda