Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekerja wanita Carrefour diberi cuti haid

    PARIS, 19 APRIL – Gergasi pasar raya Perancis, Carrefour berkata hari ini ia akan membenarkan pekerja wanita mengambil cuti jika mereka menghidapi endometriosis, keadaan perubatan yang boleh menyebabkan kesakitan yang teruk.

    Langkah itu adalah yang terbaharu bagi membolehkan wanita mengambil cuti tambahan di negara di mana cuti haid berbayar masih bergantung kepada inisiatif majikan individu.
    Satu daripada 10 wanita di seluruh dunia mengalami endometriosis, penyakit kronik di mana tisu lapisan rahim tumbuh di luar rahim.

    “Untuk meningkatkan hak wanita dan kesaksamaan di tempat kerja, kami telah memutuskan untuk memberi 12 hari cuti (setahun) kepada wanita yang menghidap endometriosis,” kata Carrefour.

    Wanita boleh mengambil cuti sehari setiap bulan selepas memberikan sijil perubatan yang membuktikan mereka menderita daripada penyakit itu, katanya.

    Carrefour juga akan memberi tempoh tiga hari kepada wanita yang mengalami keguguran, tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda