Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PEKERTI anjur ceramah tingkat kesedaran masalah mental

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Badan Tertinggi Didikan Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Ceramah Kesihatan Mental di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis, Ibu Pejabat Gadong, baru-baru ini.

    Ceramah yang bertajuk Mental Health Awareness telah disampaikan oleh Noresamsiah binti Haji Md Hussin (Mcouns Counselling – Interpersonal Dialogue).

    Hadir sebagai tetamu kehormat majlis adalah Pengerusi PEKERTI,  Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong dan turut hadir ialah Pengerusi Badan Tertinggi Sukan PEKERTI, Nur Akmalia binti Lt. Kol (B) Awang Iskandar dan Pengerusi Badan Tertinggi Didikan PEKERTI, Yang Mulia Hajah Annisah binti Haji Bahar.

    Antara lain matlamat ceramah berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang isu kesihatan mental di kalangan masyarakat serta untuk mengutamakan kesihatan mental individu supaya mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

    Selain itu, ceramah diharapkan dapat memberikan maklumat tentang kondisi kesihatan mental untuk mencabar mitos dan salah anggapan dan mewujudkan persekitaran yang lebih memahami serta untuk menekankan penjagaan diri sendiri atau self care dan sokongan komuniti dalam menangani masalah mental.

    Datin Sabrina Aziemah semasa menghadiri majlis berkenaan.
    Noresamsiah semasa menyampaikan ceramah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda