Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran PEKERTI di Surau Sementara, Dewan Persidangan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Ibu Pejabat Polis Gadong bagi menyemarakkan Ramadan yang berkat.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah isteri Pesuruhjaya Polis selaku Yang Di-Pertua PEKERTI, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman.
Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI dan ahli-ahli dari ketujuh-tujuh cawangan PEKERTI.
Majlis tadarus dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Supt. Hajah Norputemah binti Haji Puteh, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara berkumpulan dan bacaan Ratib Al-Attas.
