Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Persatuan Kikik Negara Brunei Darussalam (PEKIKIK) akan menyertai Pesta Layang-Layang Antarabangsa di Pasir Gudang, Johor Bahru mulai 22 hingga 27 Februari 2017.
Rombongan ahli persatuan yang diketuai oleh pengerusi PEKIKIK, Haji Maidin bin Haji Ahmad bersama tujuh orang ahli persatuan iaitu Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi, Mejar Haji Masni bin Haji Mohd Husain, Abu Bakar bin Haji Daud, Haji Majid bin Haji Ibrahim, Haji Tahir bin Haji Jaludin, Haji Salleh bin Haji Kula, Haji Jalil bin Haji Ahmad dan dua orang belia iaitu Mohd Syahrul Nizam bin A. Hamidun dan Mohd Nazrol Nizam bin A. Hamidun berangkat ke Johor Bahru dari Lapangan Terbang Miri, Sarawak, Malaysia.
Sementara Haji Abd Hakim bin Haji Mohd Yassin, Haji Zulkifli bin Haji Laidin dan Haji Lamudin bin Haji Japar yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk menyertai 11 orang yang lain akan mempersembahkan pertandingan Rokako dan membuat pertunjukkan kikik Brunei.
Penyertaan dua orang belia yang berasal dari Kampung Batu Marang tersebut telah disenaraikan dan akan dilibatkan bagi Pertandingan Layang-Layang ASEAN nanti.
