Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pekin belasah kru produksi

    Lebih sedekad bergelar pelakon, Pekin Ibrahim mendakwa kali pertama berdepan pengalaman kru produksi melakukan perkara tidak senonoh apabila mengintai pelakon wanita.

    Hilang sabar sikap kru berkenaan, Pekin bertindak membelasah pelaku kerana terlalu geram dengan sikap kurang ajar.

    Kejadian tidak bermaruah itu berlaku lima tahun lalu di lokasi penggambaran filem seram Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali pada 2018.

    Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim menyedari perkara itu selepas dimaklumkan mangsa, iaitu Sara Daewoo kepada rakannya.

    “Ketika itu, saya dan rakan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Kuala Kangsar, Perak, manakala Sara pula berada di inap desa wanita.

    Pekin hilang sabar dan bertindak membelasah kru produksi kerana terlalu geram dengan sikap kurang ajar mengintai pelakon wanita. – mStar

    “Jarak antara lokasi ke inap desa lebih kurang 40 minit, kami pula sudah berada separuh perjalanan apabila rakan saya menerima panggilan Sara memaklumkan ada kru mengintainya.

    “Kami berpatah balik dan setibanya di inap desa, kru ini baru nak solat dan ajak saya solat bersama.

    “Saya tunggu kru ini selesai solat dan selepas itu, saya minta serahkan telefon bimbit, tapi dia melengah-lengahkan mungkin sedang padam bukti.

    “Saya hilang sabar dan terus belasah kru ini sebelum menghubungi pengarah untuk memaklumkan perkara yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

    Pekin berkata kru berkenaan dibawa ke balai polis dan ditahan untuk siasatan, malah namanya turut digugurkan penggambaran filem.

    Katanya, walaupun filem Cerana Biduk Bu Merah adalah filem bergenre seram, namun kes yang berlaku lebih seram daripada filem itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda