Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelabur tidak berdaftar kumpul AS$2 bilion mata wang digital

    WASHINGTON, 31 MEI – Pengawal selia persekutuan menuduh beberapa kumpulan mempromosikan penawaran sekuriti yang terikat dengan mata wang digital telah mengumpulkan lebih AS$2 bilion dari pelabur runcit yang tidak berdaftar dengan betul.

    Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mengemukakan tuntutan sivil kelmarin di mahkamah persekutuan di Manhattan. Menuduh BitConnect kerana menjual sekuriti tersebut tanpa mendaftarkan penawaran tersebut dengan SEC atau mendaftarkan diri mereka, sebagai broker sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

    Para penganjur menyatakan faedah melabur dalam program BitConnect, membuat video gaya testimoni dan menerbitkannya di YouTube, kadang-kadang beberapa kali sehari, menurut pengawal selia. Para penganjur didakwa menerima komisen berdasarkan kejayaan mereka membawa wang daripada pelabur.

    Terbaru dalam siri tindakan penguatkuasaan yang melibatkan aset digital yang diambil SEC sejak tahun 2013. Tindakan terhadap penerbit, broker dan pertukaran mata wang kripto telah berlaku kerana mata wang digital seperti Bitcoin telah melonjak popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. SEC telah mengumpulkan kira-kira AS$1.77 bilion denda untuk menyelesaikan kes itu, menurut pakar kewangan.

    Mata wang digital tidak terikat dengan bank atau kerajaan dan membo-
    lehkan pengguna membelanjakan wang tanpa nama. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda