Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pelaburan AS di Asia Tenggara bantu tingkat interaksi ekonomi

    KUALA LUMPUR, 11 MEI – Pelaburan dan perdagangan Amerika Syarikat (AS) di negara-negara Asia Tenggara akan membantu meningkatkan interaksi ekonomi di rantau ini, kata felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun.

    Beliau berkata banyak negara di negara Asia Tenggara berhasrat untuk mendapatkan pelaburan AS semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS, terutamanya selepas bergelut dengan impak daripada pandemik COVID sejak dua tahun lepas.

    “Jika AS cuba untuk menjadikan kita (negara-negara Asia Tenggara) menjadi lebih pro-AS, maka saya fikir lebih banyak pelaburan dengan rantau ini akan menjadi satu langkah yang baik,” katanya semasa program berita ‘The Brief’ Bernama TV, hari ini.

    Oh berkata sidang kemuncak itu yang dijadual bermula pada Jumaat dijangka membincangkan mengenai hubungan China-AS dan ketegangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine. Beliau juga berpandangan bahawa AS dijangka menggesa rantau ini untuk mengambil pendekatan lebih tegas terhadap Rusia berhubung perang di Ukraine.

    Para pemimpin ASEAN, kecuali Filipina dan Myanmar, dijadual menyertai sidang kemuncak khas tersebut.

    Satu Pernyataan Visi Bersama – yang akan menggariskan komitmen dan aspirasi untuk meningkatkan perkongsian ASEAN-AS bagi keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran bersama untuk semua – dijangka dikeluarkan selepas berakhirnya mesyuarat peringkat tinggi itu.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Washington D.C. dari 12 -13 Mei 2022.

    Malaysia dijangka meraih pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari AS susulan Misi Perdagangan dan Pelaburan yang diketuai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke negara itu dari 9-18 Mei, 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...