Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelaburan China, negara BRI kukuh

    BEIJING, 13 OGOS – Jumlah keseluruhan import dan eksport China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini melonjak 25.5 peratus kepada 6.3 trilion yuan (RM4.12 trilion).

    Prestasi cemerlang itu diumumkan kerajaan menerusi satu laporan terkini mengenai aktiviti perdagangan dan pelaburan antara China dengan negara berkenaan.

    Menurut laporan itu, meskipun berada dalam situasi penularan wabak COVID-19, eksport masih meningkat dengan kadar 25.3 peratus, manakala import menokok 25.7 peratus.

    Naib Presiden Akademi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa China (CAITEC), Zhang Wei berkata, peningkatan dalam import dan eksport itu banyak didorong oleh peningkatan kerjasama dalam membendung wabak.

    Memetik laporan tersebut, perdagangan perkhidmatan antara China dengan negara BRI pada 2020 direkodkan melebihi AS$84 bilion (RM355.6 bilion). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda