Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelaburan strategik Sarawak dalam Affin Bank boleh jadi ‘kemenangan berganda’

    KUALA LUMPUR, 21 JULAI – Rancangan kerajaan negeri Sarawak untuk meningkatkan pegangannya dalam Affin Bank Bhd kepada sekitar 30 peratus daripada 4.8 peratus pada masa ini, boleh menjadi ‘kemenangan berganda’ dalam merealisasikan pulangan yang tinggi atau berpatutan daripada pelaburannya dalam bank itu.

    Pada masa yang sama, orientasi semula fokus pinjaman bank itu boleh membantu mempercepatkan pembangunan ekonomi negeri terutamanya jika projek-projek tersebut boleh diterima oleh bank, kata Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Profesor Dr Yeah Kim Leng kepada Bernama.

    “Selain pembiayaan berskala besar yang diperlukan Sarawak untuk membangunkan industri minyak dan gas, kuasa hidro dan hidrogen, pemerangkapan karbon, perladangan dan industri intensif tenaga, per-usahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri itu juga memerlukan akses kepada pembiayaan,” katanya.

    Yeah berkata dari sudut ekonomi, pelaburan strategik Sarawak dalam Affin Bank mungkin dapat memberi kelebihan serantau kepada bank tersebut apabila dapat mengakses peluang pinjaman yang lebih besar dan mengembangkan perkhidmatan kewangannya seiring dengan prospek pertumbuhan kukuh negeri itu.

    Sebaliknya, pinjaman berkaitan politik boleh menjadi masalah jika tadbir urus lemah walaupun risiko itu telah berkurangan dengan ketara memandangkan pengukuhan pengurusan risiko dalam bank sejak beberapa dekad dan sektor perbankan yang dikawal selia dengan baik, katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda