Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar ALAF terima alat pembelajaran dalam talian

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Dalam memastikan pendidikan para pelajar berjalan lancar dan tanpa gangguan, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menyediakan peralatan
    kepada para pelajar ALAF untuk menyokong pembelajaran dalam talian mereka.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, pada masa ini seramai 243 orang pelajar sedang mengikuti program BIBD ALAF yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat BIBD dalam menyediakan bantuan kewangan dan akademik kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

    Setakat kelmarin, seramai 92 orang pelajar BIBD ALAF telah memohon bagi sokongan pembelajaran dalam talian.

    Kenyataan menambah bahawa setakat ini, BIBD ALAF telah membekalkan 163 peralatan pembelajaran dalam talian dalam bentuk komputer riba, kad SIM, tablet dan WiFi mudah alih kepada pelajar yang menduduki peperiksaan besar dan biasa.

    Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar dipetik berkata, “Program BIBD ALAF adalah satu komitmen jangka panjang BIBD untuk membantu masyarakat dan negara mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu membangunkan negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran tinggi.

    “Ketika gelombang kedua COVID-19 melanda awal bulan lalu, kerajaan juga memperkenalkan beberapa langkah keselamatan dengan menggalakkan orang ramai untuk duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

    “Ini juga termasuk para pelajar yang harus membuat pembelajaran dalam talian dan kita harus memastikan pendidikan mereka tidak terganggu sepanjang masa yang mencabar ini,” tambahnya.

    Antara pelajar yang menerima sumbangan daripada BIBD ALAF bagi menyokong pembelajaran dalam talian. – Gambar serahan BIBD ALAF
    BIBD ALAF memastikan pendidikan para pelajar berjalan lancar sepanjang pembelajaran dalam talian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda