Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar alami gangguan mental selepas tonton filem seram di sekolah

    GUANGXI, 28 OKT – Sebuah keluarga di China telah menyaman sekolah anak perempuan mereka selepas kanak-kanak itu disahkan menghidap gangguan psikotik akut dan sementara, yang didakwa berpunca daripada filem seram yang ditontonnya di dalam kelas.

    Memetik laporan Oddity Central, kes luar biasa itu bermula dua tahun lalu namun baru-baru ini sahaja diselesaikan di mahkamah.

    Pada Oktober 2023, disebabkan guru mereka bercuti sementara, sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Hengzhou, wilayah Guangxi, China, menonton sebuah filem yang ditayangkan oleh pihak sekolah dengan kebenaran daripada guru dan pelajar terlibat.

    Tiada maklumat lanjut mengenai filem tersebut didedahkan kepada media, namun menurut ibu bapa salah seorang pelajar, filem itu merupakan sebuah filem seram yang memberi kesan serius kepada anak mereka.

    Masalah mula timbul pada malam selepas tayangan itu apabila pelajar perempuan tersebut menunjukkan gejala luar biasa seperti bercakap merapu dan kehilangan kesedaran terhadap realiti.

    Terkejut dengan kelakuan anak mereka, ibu bapa terbabit membawanya ke hospital tempatan, di mana doktor mendiagnosisnya dengan gangguan psikotik akut dan sementara. – Agensi

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda