Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar AS lawat Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – UPLIFT, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikendalikan oleh belia tempatan, baru-baru ini mengalu-alukan seramai 10 orang pelajar dari Virginia Tech, Amerika Syarikat (AS).

    Para pelajar berkenaan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di Negara Brunei Darussalam seperti ke Bandar Seri Begawan menaiki perahu di sekitar Kampong Ayer dan meneroka ekosistem Sungai Brunei.

    Turut menyertai lawatan itu ialah Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pengarah Pusat BIST, Institut Politeknik Virginia dan Universiti Negeri (Virginia Tech), Dr Rolf Mueller; Pengasas Bersama dan Presiden UPLIFT, Dayang Salimah binti Haji Saim, dan Ketua Buzzing Bees, Dayang Nurul Hazwani binti Hj Abd Halid. Para pelajar juga dapat merasai pengalaman ‘menumpah ambuyat’ dan mencuba hidangan tradisional Brunei di Soto Pabo.

    Para pelajar berkenaan berada di negara ini selama 11 minggu atas inisiatif penyelidikan kolaboratif, Gua Kelawar antara Universiti Brunei Darussalam dan Virginia Tech, yang berfungsi untuk memanfaatkan sumber biodiversiti dengan mengubahnya menjadi kejuruteraan berinspirasikan bio dalam teknologi digital.

    Salah seorang pelajar dari Virginia Tech, Amerika Syarikat mencuba makanan tradisional Brunei, ambuyat di salah sebuah restoran di Kampong Ayer. Pelajar tersebut merupakan salah seorang daripada 10 pelajar yang mengadakan lawatan ke negara ini selama 11 minggu bagi inisiatif penyelidikan kolaboratif antara Universiti Brunei Darussalam dan Virginia Tech.
    – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    ATAS & BAWAH: Antara aktiviti yang disertai para pelajar AS ketika berada di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda