HIGHLANDS RANCH, Colorado, 8 Mei – Dua pelajar sekolah tinggi menembak dan membunuh seorang rakannya dan mencederakan lapan yang lain di sebuah sekolah disewa dalam komuniti Colorado yang baru seminggu lalu meraikan ulang tahun ke-20 atas insiden penembakan sekolah paling teruk di negara itu.
Serangan pada petang kelmarin di Sekolah STEM Highlands Ranch itu berlaku hanya beberapa kilometer dari Sekolah Tinggi Columbine yang pastinya membangkitkan persoalan tentang sama ada ia diinspirasikan daripada pembunuhan 1999, namun jawapannya tidak jelas.
Pegawai syerif Daerah Douglas berkata Devon Erickson, 18 dan pelajar lain berjalan masuk ke Sekolah STEM Highlands Ranch melalui pintu masuk tanpa pengesan logam dan melepaskan tembakan menggunakan dua senjata api kepada para pelajar di dua buah kelas.
Ketika tembakan senjata bergema di seluruh sekolah, para pelajar bersembunyi dan berlari di lorong-lorong sambil menjerit-jerit.
“Tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku jadi saya tidak tahu ia adalah peluru,” kata Sophia Marks pelajar gred tujuh.
“Saya hanya melihat pancaran cahaya dan kami terdengar bunyi tembakan,” pelajar Nui Giasolli memberitahu rancangan ‘Today’ NBC yang dia berada dalam kelas sastera British apabila Erickson datang lewat.
“Dia berjalan ke tepi kelas di mana kami juga mempunyai pintu lain dan dia membuka pintu. Dia berjalan ke belakang seperti hendak menuju ke tempat duduknya, kemudian dia berjalan ke pintu belakang dan menutupnya.
“Kejadian seterusnya yang saya ketahui dia menarik picu senjata dan memberitahu semua orang untuk tidak bergerak,” katanya hari ini. – AP