Tuesday, December 17, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar cemerlang Maktab Duli dirai

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Pelajar-pelajar cemerlang dan mereka yang berjaya menamatkan pengajian diraikan dalam Majlis Hari Anugerah Akademik dan Konvokesyen Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) yang berlangsung di maktab berkenaan di Gadong pada 8 Julai lalu.

    Antara pelajar yang diraikan dalam Majlis Hari Anugerah Akademik dan Konvokesyen Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah di Maktab Duli, Gadong pada 8 Julai lalu. – Gambar serahan Maktab Duli

              Majlis berkenaan menyaksikan lima kategori bagi anugerah akademik di mana seramai 36 pelajar menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Brunei Cambridge GCE ‘A’ Level bagi Oktober/November 2022.

              Daripada jumlah berkenaan, lima pelajar mencapai empat A Level dengan mengumpul mata tarif tertinggi.

              Sementara itu, 21 pelajar menerima Anugerah Special Mention bagi mata pelajaran dalam Brunei Cambridge A Level bagi Oktober/November 2022 dan dua pelajar telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Penghuni Asrama Terbaik dalam Brunei Cambridge A Level bagi Oktober/November 2022.

              Dalam majlis itu juga, sembilan pelajar telah menerima Anugerah Terbaik Keseluruhan bagi Peperiksaan Mock AS pada 2022 dan seramai 26 pelajar telah menerima Anugerah Special Mention bagi mata pelajaran dalam Peperiksaan Mock AS pada 2022.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda