Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar cemerlang Maktab Duli dirai

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Pelajar-pelajar cemerlang dan mereka yang berjaya menamatkan pengajian diraikan dalam Majlis Hari Anugerah Akademik dan Konvokesyen Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) yang berlangsung di maktab berkenaan di Gadong pada 8 Julai lalu.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan anugerah kepada para pelajar yang diraikan ialah Pengurus Jualan dan Runcit General Takaful, Insurans Islam TAIB, Haji Shameon bin Tamil.

    Turut hadir ialah Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad; Timbalan Pengetua Akademik, Dr Mohd Zamri bin Haji Ismail; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayangku Zalina binti Pengiran Haji Aliuddin, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan, ibu bapa, penjaga serta pensyarah dari maktab berkenaan.

    Dalam majlis berkenaan, Dayangku Hajah Nooramaliatifah menyampaikan ucapan tahniah kepada para graduan dan semua penerima anugerah akademik yang mendapat keputusan cemerlang.

    Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada ibu bapa dan para pensyarah atas usaha keras mereka dalam memastikan kejayaan para pelajar mereka.

    Majlis berkenaan menyaksikan lima kategori bagi anugerah akademik di mana seramai 36 orang pelajar menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Brunei Cambridge GCE A Level bagi Oktober/November 2022.

    Daripada jumlah berkenaan, lima orang pelajar iaitu Awang Muhammad Hadi Firdaus bin Haji Idham, Yong Shan Ren, Kelly Bong Jia Qi, Awangku Khalis Mirza bin Pengiran Mohammad Noor Zamri dan Ryan Tan @ Muhd Ryan Tan bin Mohammad Johny Aqil mencapai empat A Level dengan mengumpul mata tarif tertinggi.

    Sementara itu, 21 orang pelajar menerima Anugerah Special Mention bagi mata pelajaran dalam Brunei Cambridge A Level bagi Oktober/November 2022 dan dua orang pelajar telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Penghuni Asrama Terbaik dalam Brunei Cambridge A Level bagi Oktober/November 2022.

    Dalam majlis itu juga, sembilan orang pelajar telah menerima Anugerah Terbaik Keseluruhan bagi Peperiksaan Mock AS pada 2022 dan seramai 26 orang pelajar telah menerima Anugerah Special Mention bagi mata pelajaran dalam Peperiksaan Mock AS pada 2022.

    Haji Shameon menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang yang diraikan pada majlis berkenaan. – Gambar serahan Maktab Duli
    Gambar serahan Maktab Duli
    Antara pelajar yang diraikan bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Maktab Duli

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda