Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pelajar China ditemui lepas komplot ‘penculikan siber’

    LOS ANGELES, 2 JAN – Seorang pelajar pertukaran China yang menjadi mangsa komplot penculikan siber di mana ibu bapanya telah diperas ugut sebanyak AS$80,000, ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan sejuk dan ketakutan dalam khemah di pergunungan Utah, kata polis.

    Kai Zhuang, 17 tahun, dilaporkan hilang pada Khamis selepas ibu bapanya di China memberitahu pegawai di sekolah menengah di Riverdale, Utah bahawa dia nampaknya telah diculik dan wang tebusan telah diminta.

    Kes itu berdasarkan pola tipikal penculikan siber, di mana penculik memberitahu mangsa untuk mengasingkan diri dan memberikan gambar seorang diri seolah-olah ditahan – gambar yang kemudiannya dihantar kepada keluarga mangsa untuk memaksa pembayaran.

    Mangsa-mangsa itu patuh kerana percaya bahawa keluarga mereka akan dicederakan jika tidak mematuhi tuntutan penculik.

    Selepas menganalisis rekod bank, pembelian dan rekod telefon dalam pencarian selama beberapa hari, polis yakin bahawa dia mengasingkan diri dalam khemah kira-kira 25 batu ke utara di kawasan luas berhampiran Brigham City.

    “Disebabkan cuaca sejuk di Utah pada tahun ini, kami semakin bimbang terhadap keselamatan mangsa kerana dia mungkin akan mati kesejukan semalaman,” kata Jabatan Polis Riverdale dalam satu kenyataan akhbar selepas Kai Zhuang ditemui pada Ahad.

    Seorang sarjan yang sedang mendaki ke lereng gunung menemui khemah Kai yang tidak mempunyai sumber haba tetapi hanya “selimut panas, beg tidur, makanan dan air terhad dan beberapa telefon yang dianggap digunakan untuk melakukan penculikan siber,” menurut kenyataan jabatan itu. – AFP

    Pihak berkuasa bercakap dengan Kai Zhuang berhampiran tapak di mana dia ditemui di pergunungan berhampiran Brigham City, Utah, pada 31 Disember. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    China pamer penerapan teknologi AI, tangani isu perubahan iklim

    BELEM, 21 NOV - Aktiviti Hari Pendigitalan ‘Pavilion China’...

    Lelaki menang pertandingan ‘berbaring’ atas tilam selama 33 jam

    HOHHOT, CHINA, 21 NOV - Seorang lelaki di China...

    Inovasi EV masa depan

    Oleh James Kon -  Bukan setiap hari awda berpeluang memandu...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...