BEIJING, 27 APRIL – Pelajar di Shanghai dan Beijing mula kembali bersekolah hari ini, selepas lebih tiga bulan sekolah ditutup, berikutan perintah berkurung bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Khemah-khemah diletakkan di depan pintu masuk sekolah yang diawasi kakitangan kesihatan lengkap berpakaian hazmat putih, manakala seorang lelaki yang mengusung kontena disinfektan menyembur sekitar kawasan pagar sekolah.