Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar CHMS KB tingkat kesedaran salah guna dadah

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Seramai 36 murid Tahun 4 hingga 8 Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait (CHMS KB) telah didedahkan tentang bahaya penyalahgunaan dadah semasa lawatan sekolah tersebut ke Biro Kawalan Narkotik (BKN) di ibu negara, baru-baru ini.

    Semasa lawatan tersebut, para pelajar berpeluang melawat bilik galeri yang mempamerkan keadaan hidup usang penagih dadah, serta pameran pelbagai dadah haram dalam bekas kaca bertutup.

    Selain itu, mereka juga menghadiri taklimat mengenai klasifikasi dadah, kesan-kesan dan gejala-gejala, serta akibat pengambilan dadah haram; yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari BKN.

    Setelah mengambil bahagian dalam lawatan itu, ramai pelajar seperti Michelle Jovanna dari Tahun 5 Yellow sekolah berkenaan, menyatakan, “Saya telah mempelajari begitu banyak jenis dadah berbahaya dan bagaimana pengambilannya boleh membawa kematian kepada diri sendiri. Malah boleh membahayakan nyawa orang lain.”

    Begitu juga, Maxwell Davaney Chagat Ak Mike Biston dari Tahun 8 Piety, juga menambah bahawa beliau telah mempelajari tentang kesan berbahaya dan akibat daripada menggunakan dadah haram dan beliau kini menyedari sepenuhnya gejala-gejalanya dan siapa yang perlu dirujuk jika beliau terjumpa mereka di sekelilingnya.

    Pihak sekolah berharap penyebaran kesedaran tentang penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang memerhati, dapat mengelakkan banyak nyawa daripada dimusnahkan oleh penyalahgunaan dan penagihan dadah sambil mengajar generasi muda tentang bahaya dadah dan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka semasa mereka menjalani kehidupan mereka menuju masa hadapan yang lebih cerah.

    Para pelajar mendengarkan taklimat semasa lawatan mereka ke BKN. – GAMBAR SERAHAN CHMS KB
    Pelajar-pelajar yang hadir semasa lawatan sekolah tersebut. – GAMBAR SERAHAN CHMS KB
    GAMBAR SERAHAN CHMS KB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda