Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar digalak pakai penutup mulut dan hidung di sekolah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Penuntut digalakkan untuk memakai penutup mulut dan hidung di sekolah namun bukanlah dimestikan.

    “Apa yang bisai, kalau boleh pakai yang reusable (boleh digunakan semula) yang dapat dicuci. Ini pun banyak sudah dijual di Brunei. Walau bagaimanapun ianya tidak dimestikan tetapi adalah baik jika mereka memakainya,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan lagi, ia digalakkan kepada penuntut-penuntut besar dan mungkin penuntut-penuntut kecil sukar untuk menggunakannya.

    Yang Berhormat Dato menyentuh mengenai perkara berkenaan semasa semasa sesi soal jawab pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Terdahulu itu, beliau berkata, seperti yang dimaklumkan, sesi persekolahan akan dimulakan pada 2 Jun ini, dan ia dibuka secara berperingkat dengan mengutamakan mereka yang akan menghadapi peperiksaan besar dahulu.

    Oleh yang demikian, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar mengingatkan ibu bapa ataupun penjaga supaya tidak membawa anak mereka yang kurang sihat ke sekolah sebaliknya bawa mereka ke klinik-klinik berdekatan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menambah, “Di sekolah-sekolah nanti ada membuat pemeriksaan suhu badan, dan diharap penuntut-penuntut dan ibu bapa atau penjaga agar memberi kerjasama dalam cuba mengawal penularan wabak (COVID-19) ini.”

    Yang Berhormat Dato meminta kerjasama ibu bapa dan penuntut-penuntut untuk mengikut arahan yang diberikan kepada sekolah-sekolah terutama sekali yang memulakan persekolahan pada 2 Jun ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan bercakap pada sidang media harian di Kementerian Kesihatan, kelmarin. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda