Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar digesa dalami bidang STEM untuk masa depan

    SIBU, 29 OGOS – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menggesa pelajar mendalami bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai asas kepada inovasi serta pembangunan negara pada masa depan.

    Beliau berkata STEM amat penting dalam menyediakan masyarakat berkemahiran dan bakat masa depan, selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

    Bercakap pada perasmian Program PETRONAS Memperkasakan Ilmu: Discover PETRONAS @ School Sibu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Nangka di sini hari ini, beliau berkata inisiatif itu juga seiring dengan aspirasi Sarawak untuk mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 dengan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai pemacu utama.

    Beliau berkata kerajaan negeri telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berkaitan STEM termasuk Program Dwibahasa pada 2020 selain pelaburan dalam celik digital, pengaturcaraan komputer dan robotik di sekolah.

    “Menerusi program hari ini, pelajar melakukan aktiviti amali dan berinteraksi dengan petugas PETRONAS daripada pelbagai bidang yang akan menjadi inspirasi mereka dalam memilih kerjaya masing-masing,” katanya dan menambah sokongan ibu bapa terutamanya di kawasan pedalaman juga penting. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda