Monday, March 31, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar dirai dalam majlis khatam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Seramai 28 orang murid terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan Sekolah Ugama Pantai Berakas, Kawasan Brunei II B, kelmarin di raikan dalam Majlis Khatam Al-Quran setelah berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 juzuk.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Bahagian Pentadbiran di Jabatan Pengajian Islam, Hajah Dayang Noor Rasidah binti Haji Sharbini, yang seterusnya telah menyampaikan sijil khatam kepada peserta khatam.

    Majlis khatam dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Hajah Dayang Noor Rasidah seterusnya bacaan ayat-ayat lazim bermula dari Surah Ad-Duha sehingga Surah Al-Masad daripada peserta-peserta khatam. Majlis itu merupakan aktiviti tahunan sekolah bagi menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran.

    Antara lain tujuan majlis ini adalah untuk memupuk semangat bagi murid-murid supaya sentiasa mencintai  dan menghayati Al-Quran dan ajaran agama Islam, di samping melatih murid-murid reda dan dipermudahkan urusan mereka.

    Antara peserta khatam yang diraikan di majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda