Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Greece kembali ke sekolah tanpa telefon bimbit

    ATHENS, 12 SEPT – Pelajar di Greece kembali ke sekolah selepas cuti musim panas, kelmarin, dengan telefon bimbit mereka disimpan dalam beg.

    Kerajaan Greece telah memperkenalkan larangan penggunaan telefon bimbit di dalam kelas pada sesi persekolahan ini.

    Namun, pelajar masih dibenarkan membawa peranti itu ke sekolah tetapi tidak boleh menggunakannya semasa kelas.

    Selain itu mengikut peraturan baharu, pelajar tidak dibenarkan mengambil gambar, video atau merakam perbualan audio rakan pelajar atau guru tanpa kebenaran.

    Mereka yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan penggantungan sekolah antara satu hingga tiga hari.

    “Mari kita membuat perjanjian mengenai perkara ini, dan kita patuhinya. Tinggalkan telefon bimbit di dalam beg. Guru dan ibu bapa akan membantu kita ke arah ini,” kata Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis semasa melawat sebuah sekolah rendah di pinggir bandar Athens, kelmarin. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda