Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar, guru asah penulisan dalam bengkel

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN , 14 JULAI – Seramai 35 dan tujuh guru mempelajari selok-belok penulisan dan literasi dalam bengkel penulisan yang diadakan pada 12 Julai lalu di dewan kuliah Sekolah Sukan di Bandar Seri Begawan.

    Dianjurkan oleh Pusat Perkhidmatan Pendidikan Guru British (CfBT) sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan menulis seluruh negara kelak , bengkel itu dikendalikan oleh penceramah jemputan dan tetamu kehormat, Dr Aammton Alias, yang terkenal dengan bukunya, ‘Real Ghost Stories of Borneo’ dan juga pelbagai karya lain daripada genre.

    Semasa ceramah itu, beliau berkongsi perjalanannya sebagai seorang penulis di Brunei dan sumber inspirasinya untuk menulis.

    Sesi diakhiri dengan cabutan bertuah, di mana empat pemenang menerima salinan buku dengan tandatangan Dr Aammton manakala lima peserta bertuah menerima barangan CfBT.

    Pada segmen akhir bengkel itu menampilkan seorang guru CfBT, Lucille Borger, yang berkongsi rangka kerja dan bimbingan untuk penulisan kreatif yang boleh digunakan oleh pelajar pada penulisan mereka untuk pertandingan itu.

    Dr Aammton Alias semasa menyampaikan pengisian di bengkel berkenaan. – GAMBAR SERAHAN CfBT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda