BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Enam orang pelajar Program Pembantu Kejururawatan di bawah Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Agroteknologi (ATC) kini sedang mengikuti program pertukaran di Singapura bermula 5 hingga 18 Ogos. Dalam Program Penempatan Industri Luar Negara (OIAP) yang diperkenalkan oleh Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Singapura bersama Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Kementerian Kesihatan