Oleh Daniel Lim BELAIT, 13 FEB – Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan syarikat untuk membantu membangun dan menyokong generasi seterusnya dalam bidang pemeriksa profesional, Germanischer Lloyd Offshore and Industrial Services (B) Sdn Bhd yang dikenali sebagai DNV telah mengadakan sesi perkongsian di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah (JBC), Kuala Belait, hari ini.

