JAKARTA, 16 SEPT – Pelajar sekolah menengah Indonesia menzahirkan rasa bangga berpeluang menyertai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia serta menekankan peranan generasi muda dalam memperkukuh hubungan dua negara.
Melodia Nada Safira, 17, dari Sekolah Menengah Atas (SMA) 78 Jakarta berkata 20 pelajar diiringi dua guru menghargai jemputan membuat persembahan Choral Speaking atau berbicara berirama pada acara rasmi di kompleks kedutaan.
“Kami berasa sangat bangga dan gembira. Ini merupakan pengalaman berharga kerana melalui kegiatan ini kami memperoleh banyak ilmu dan pengalaman baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempersembahkan Choral Speaking bertajuk Serumpun yang menonjolkan keindahan bahasa Indonesia dan Malaysia serta kepelbagaian budaya kedua-dua negara. – Bernama


