Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar ISB kunjungi Tamu Usahawan Asnaf Zakat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seramai 41 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei (ISB) bersama lima orang guru pengawas mengadakan lawatan ke Tamu Usahawan Asnaf Zakat, di Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah, Berakas hari ini.

    Berangkat mengikuti rombongan tersebut ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.

    Lawatan bertujuan melihat sen-diri tamu usahawan yang diusahakan oleh golongan asnaf zakat selain mengambil sukut baik sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan ‘Meneladani Muamalat Rasulullah SAW’, menyokong usahawan tempatan, mengeratkan silaturahim sesama Islam serta mempelajari akad jual beli dalam Islam dan mendedahkan pelajar kepada golongan asnaf yang berkaitan dalam mata pelajaran zakat bagi murid-murid Tahun 6.

    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan mencuba salah satu aktiviti yang diadakan semasa tamu usahawan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda