Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelajar ISB lawat Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

    Oleh Salawati Haji Yahya 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Seramai 104 pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), hari ini telah mengadakan lawatan ke Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat sebagai dari program pembelajaran sekolah berkenaan.

    Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai fungsi dan peranan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di negara ini serta prosedur dan tatacara perundangan yang dipraktikan di dalam pengendalian Persidangan MMN.

    Berangkat menyertai rombongan pada lawatan tersebut, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

    YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman berkenan berangkat melawat Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ketibaan rombongan pelajar ISB dialu-alukan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pemangku Jurutulis MMN, Dr Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah.

    Semasa lawatan itu, pelajar berpeluang menyaksikan sebuah video corporate Jabatan yang telah mengetengahkan perjalanan dan sejarah MMN sejak ianya ditubuhkan sebelum Negara mencapai kemerdekaan hingga ianya ditubuhkan semula pada tahun 2004 hingga sekarang.

    Program lawatan itu telah memberikan peluang kepada pelajar mengadakan lawatan ke Dewan Persidangan MMN selain mengadakan lawatan dipersekitaran Bangunan Dewan Majlis yang mempunyai banyak makna simbolik kepada konsep dan reka bentuk berdasarkan falsafah Melayu Islam Beraja.

    Salah satu program semasa lawatan itu telah menarik perhatian pelajar mengenai perbahasan pendidikan yang diadakan di Dewan Mini yang juga merupakan replika kepada Dewan Persidangan MMN.

    Melalui perbahasan itu, ia memberikan pengendalian dan pendedahan kepada pelajar serta pengalaman membentangkan rang undang-undang semasa persidangan terutama dalam mengusulkan cadangan tatacara menyokong atau membantah kepada usul cadangan tersebut.

    Melalui lawatan itu, ia diharap dapat memberikan gambaran lebih jelas kepada pelajar mengenai Jabatan berkenaan yang bukan sahaja memfasilitasikan MMN tetapi juga bagi Majlis Mesyuarat Di-Raja Dan Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet.

    Dengan lawatan tersebut juga diharap dapat meningkatkan semangat patriotisme pelajar dalam mengembang-majukan Negara di masa hadapan untuk bangsa dan Negara.

    Rombongan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) ketika melawat Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...