Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar ISB sampaikan sumbangan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan ISB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Majlis Pelajar Rendah, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), baru-baru ini, telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah daripada komuniti ISB kepada Sekolah Rendah Dato Othman.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ISB, di sini, hari ini, Majlis Pelajar Rendah yang diketuai oleh Ketua Pembangunan Pelajar Rendah, Trent Green, telah menyeru bagi sumbangan peralatan keperluan untuk kelengkapan sekolah tempatan sejak Februari 2021.

    Kenyataan menyatakan bahawa komuniti ISB menyumbangkan barangan peralatan sekolah termasuk beg, buku, peralatan tulis dan pelbagai lagi dengan harapan untuk memastikan para pelajar dilengkapi dengan peralatan asas supaya mereka dapat membangun di sekolah. Sumbangan berkenaan diterima oleh Guru Besar Sekolah Rendah Dato Othman, Hajah Hafizah binti Haji Salat. Selepas penyampaian sumbangan berkenaan, majlis pelajar telah dialu-alukan untuk menyertai beberapa aktiviti bilik darjah yang dikendalikan.

    Ahli Majlis Pelajar Rendah ISB menyertai aktiviti kelas semasa kunjungan mereka ke Sekolah Rendah Dato Othman, baru-baru ini.
    Gambar ramai ahli-ahli Majlis Pelajar Rendah ISB bersama guru-guru dan pelajar Sekolah Rendah Dato Othman semasa kunjungan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda