Friday, July 5, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Pelajar ISB Seria persembahkan bakat muzikal

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 2 JULAI – Sebagai sebahagian daripada produksi muzik tahunan, pelajar dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) Seria telah mengadakan persembahan menarik Peter Pan: The Musical bertempat di Pusat Insani di Seria, baru-baru ini.

    Muzikal itu adalah berdasarkan kisah klasik zaman kanak-kanak yang menyentuh hati dan ditulis sebagai produksi unik untuk mempamerkan bakat dan kreativiti pelajar dan kakitangan sekolah ISB Seria.

    Persembahan itu membawa penonton menghayati penceritaan semula kisah klasik seorang budak lelaki bernama Peter Pan yang boleh terbang, tinggal di pulau ajaib Neverland dan enggan membesar.

    Para pelajar melakonkan adegan ikonik dari siri yang tidak dapat dilupakan, yang bermula di kediaman keluarga Darling di mana Peter Pan membawa Wendy, John dan Michael Darling dalam perjalanan yang tidak dapat dilupakan ke Neverland di mana mereka bertemu ikan duyung, pari-pari dan watak Kapten Hook yang jahat dan kru lanunnya.

    Produksi itu menampilkan barisan pelakon utama murid Tahun 3 hingga Tahun 7 yang disokong penyanyi dan penghibur daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 7.

    Para pelajar melakonkan beberapa adegan ikonik daripada kisah klasik Peter Pan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Lagu penamat yang dipersembahkan oleh semua pelajar ISB Seria. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Guru-guru ISB Seria, Ian Davies dan Maryanne Peters berperanan sebagai penerbit untuk produksi muzik manakala ciptaan alatan melibatkan semua kakitangan dan pelajar sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum sekolah.

    Hadir pada persembahan itu ialah Pengetua Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ISB, Dominic Morley dan Ketua ISB Kampus Seria, Dariush Saheli.

    Dalam ucapan, Dariush Saheli mengucapkan tahniah kepada para pelajar, guru serta ibu bapa dan penjaga atas usaha dan sokongan bagi menjayakan drama yang diadakan pada pagi itu.

    Beliau menambah, “Penerbitan Peter Pan merupakan perayaan keterangkuman dan bakat ISB Seria bertujuan untuk mempromosikan kreativiti, advokasi dan ekspresi peribadi melalui kerjasama, imaginasi, rasa ingin tahu, perjalanan penerokaan, bahasa dan budaya.”

    Turut hadir ialah ahli komuniti ISB Seria termasuk ibu bapa dan ahli keluarga.

    Setelah melihat kesudahan produksi, Dariush Saheli mengucapkan tahniah kepada para pelajar, guru serta ibu bapa dan penjaga atas usaha dan sokongan bagi menjayakan drama yang diadakan pada pagi itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...