Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar ITE lawat IBTE

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Sepuluh orang pelajar dan seorang pensyarah dari Sekolah Kejuruteraan, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Pusat, Singapura telah berpeluang mengetahui lebih dekat mengenai Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan kampus-kampusnya di seluruh negara dalam lawatan pendidikan selama 10 hari ke negara ini.

    Kumpulan pelajar yang diketuai oleh pensyarah dari ITE Singapura, Roslan bin Hashim tiba di negara ini pada 16 September lalu dan memulakan lawatan mereka di IBTE Kampus Sultan Bolkiah (SBC), Seria di mana rombongan dialu-alukan oleh Pengurus Operasi, Awang Azman bin Haji Wahid.

    Rombongan berkenaan turut mendengarkan penerangan mengenai pelbagai topik berkaitan IBTE yang disampaikan oleh Ketua Program Kejuruteraan Mekanikal, Dayang Nurul Azyan binti Jamal.

    Sepanjang lawatan mereka, rombongan berkenaan bukan sahaja berpeluang meninjau pelbagai kemudahan yang adalah di IBTE Kampus Satelit malah menyertai kelas-kelas khas yang dijalankan di setiap fakulti.

    Selain lawatan ke kampus-kampus IBTE, rombongan turut melawat pelbagai tempat yang berkaitan termasuk pembungkusan makanan barat, Loji Rawatan Air Agis-Agis serta loji pembotolan air Sehat.

    Para pelajar juga berpeluang melawat pelbagai mercu tanda dan tempat tarikan di Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Belait yang membolehkan mereka mengetahui lebih mendalam mengenai kecantikan dan warisan negara ini.

    Beberapa pelajar melawat dan mempelajari lebih mendalam mengenai salah satu kemudahan di IBTE Kampus Satelit. – Gambar oleh IBTE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda