Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) hari ini menerima serombongan pelajar dari Wilayah Wakayama, Jepun yang mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan sempena Program Pertukaran Kebudayaan Wakayama-Brunei 2019. Rombongan terdiri daripada 17 orang pelajar dari beberapa buah sekolah di Wilayah Wakayama yang diketuai oleh