Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Para pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) berpeluang mendalami budaya Jepun semasa Minggu Pengayaan JIS yang dikendalikan oleh Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dari 3 Julai lalu hingga hari ini.
Sepanjang acara itu, para pelajar berpeluang mengambil bahagian dalam budaya Jepun melalui judo, kaligrafi, origami, kimono dan demonstrasi makanan Jepun. Acara dijayakan dengan bantuan Ali Rashid Alipah, Chong Chee Kiong dari Persekutuan Judo Brunei, Keiko Nakazono dan Kedutaan Jepun.
Pada hari pertama acara tersebut, para pelajar JIS berdialog bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru yang membahaskan mengenai kerjaya diplomatiknya.
Pada majlis penutup yang berlangsung pada hari ini, para pelajar telah menerima sijil sebagai tanda tamatnya program tersebut.


