Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar, kakitangan PB SSE pelajari kepentingan NDT

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 11 SEPT – Para pelajar dan kakitangan Politeknik Brunei Sekolah Sains dan Kejuruteraan (PB SSE), Kampus Lumut, Kuala Belait telah menyertai dan mempelajari mengenai ujian tanpa musnah (NDT) sebagai sebahagian daripada Demonstrasi dan Bengkel NDT yang diadakan di kampus itu, baru-baru ini.

    Demonstrasi dan bengkel itu bertujuan untuk mempamerkan kepentingan NDT dan aplikasinya dalam pelbagai bidang untuk memastikan ujian dijalankan dengan selamat tanpa memberi kesan negatif kepada operasi.

    Pengurus Teknikal BTS dan jurulatih ISO, Balakrishnan Chandramohan telah menyampaikan taklimat ringkas dengan memperkenalkan asas-asas NDT, yang kemudiannya diikuti dengan demonstrasi bersama-sama dengan kakitangan BTS di samping mempamerkan beberapa proses NDT, yang sekali gus membolehkan para pelajar dan kakitangan mendapat pengalaman langsung dalam mengendalikan NDT tersebut melalui pameran praktikal.

    Para pelajar dan kakitangan PB SSE menyertai demonstrasi yang diadakan sebagai sebahagian daripada bengkel itu. – GAMBAR SERAHAN BTS SDN BHD
    Balakrishnan semasa menyampaikan taklimat pada bengkel tersebut. – GAMBAR SERAHAN BTS SDN BHD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda