Oleh Zulkamal Haji Kamis
Bagi menggalakkan lagi pelajar untuk sentiasa menghayati pembelajaran Al-Quran dan muqaddam, Masjid Kampung Tanah Jambu telah mengadakan Majlis Penutup Kelas Al-Quran dan Muqaddam bagi sesi 1444 Hijrah baru-baru ini.
Acara tersebut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dipengerusikan oleh kakitangan Masjid Kampung Tanah Jambu dan guru-guru Kelas Al-Quran dan Muqaddam.
Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti Membaca Surah-Surah Lazim, Peraduan Azan dan Pertandingan Mewarna.
Aktiviti ini merupakan acara tahunan bagi masjid tersebut dalam meraikan pelajar-pelajar yang sudah menamatkan kelas pembelajaran Al-Quran dan Muqaddam di masjid tersebut.
Hadiah-hadiah pertandingan disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Tanah Jambu, Awang Saifullah bin Rosli. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia akan dapat meningkatkan lagi semangat pelajar untuk meneruskan kelas pembelajaran Al-Quran dan Muqaddam di masjid berkenaan.

