Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Kemboja antara terbunuh

    PHNOM PENH, 8 OKT – Seorang pelajar Kemboja adalah antara yang maut dalam pertempuran antara tentera Israel dan Hamas, yang tercetus kelmarin, kata Unit Jurucakap Kerajaan Diraja dalam satu kenyataan hari ini.

    “Kerajaan Diraja amat sedih mendengar berita bahawa seorang pelajar Kemboja daripada kira-kira 450 warga Kemboja yang berada di Israel meninggal dunia selepas mengalami
    kecederaan semasa pertempuran antara tentera Israel dan Hamas, yang tercetus pada 7 Oktober,” kata kenyataan itu.

    “Kerajaan Diraja ingin merakamkan ucapan takziah sedalam-dalamnya atas kehilangan rakyat kami dan mengucapkan takziah kepada keluarga yang ditinggalkan,” tambahnya.

    Dalam mesej suara, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menyeru semua warga Kemboja di sana supaya lebih berhati-hati. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda