Sunday, December 22, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar KEMUDA sertai Progam Bicara Sihat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Pelajar KEMUDA telah menyertai Program Bicara Sihat yang diadakan di Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC).

    Bicara Sihat itu telah disampaikan oleh Dr Meryln Zurai dengan tajuk ceramah, Menyanggah Mitos Sakit Belakang, yang merupakan subjek yang sangat relevan kepada pelajar, kerana sakit belakang memberi kesan kepada semua peringkat umur, termasuk pelajar.

    Dr Meryln mengongsikan cara mengenal pasti sakit belakang dan cara mencegah daripada menjadi kronik, selain membincangkan pelbagai teknik regangan dan ubat untuk mengurangkan kesakitan.

    Beliau turut menekankan bahawa tabiat seperti membawa beg galas yang berat dan duduk berpanjangan menyumbang kepada postur yang lemah, yang boleh membawa kepada ketidakselesaan yang kronik dan memberi kesan negatif kepada prestasi akademik dan kesejahteraan keseluruhan.

    Ceramah yang bermanfaat untuk pelajar itu turut menekankan kepentingan mengamalkan tabiat sihat dan diharapkan para pelajar akan menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk menggabungkan senaman yang kerap dan mencegah perkembangan sakit belakang yang kronik.

    Antara pelajar yang menyertai program itu. – GAMBAR SERAHAN KEMUDA
    Para pelajar KEMUDA bergambar ramai semasa program tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEMUDA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda