Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Para pelajar Kindergarten K3 Sekolah Menengah Chung Hwa, baru-baru ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, di sini
Dengan hanya berjalan kaki dari sekolah menuju ke Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, rombongan kanak-kanak ini merasa teruja apabila menggunakan jejantas.
Kegembiraan mereka melonjak lagi apabila tiba di tempat yang dilawati dengan panduan daripada guru-guru.
Sebagai salah satu aktiviti lawatan sambil belajar, para pelajar diterangkan mengenai sejarah yang terdapat di bangunan berkenaan.