Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar kurang berkemampuan dibantu

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Persatuan Alumni Sultan’s Scholars (PASS) baru-baru ini menyampaikan sumbangan bekalan asas sekolah kepada pelajar kurang berkemampuan di Kampung Bolkiah, melalui kempen amal yang dinamakan Pass It On.

    Seramai 18 orang pelajar sekolah rendah dan 16 orang pelajar sekolah menengah dari 15 buah keluarga telah menerima barangan keperluan sekolah seperti pakaian sekolah, kasut, beg, buku dan alat tulis, semasa majlis yang diadakan di Pusat Pembangunan Masyarakat, Kampung Bolkiah A.

    Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Alumni PASS, Awang Mohd ‘Azim bin Abdul Hadi dan pengenalan PASS, visi dan objektifnya yang disampaikan oleh Presiden persatuan, Dr Mohd Ayyub bin Haji Kamaludin.

    Majlis itu juga menampilkan aktiviti interaktif yang dijalankan oleh ahli PASS, yang termasuk eksperimen sains secara langsung, permainan pendidikan, dan demonstrasi untuk mereka yang hadir.

    Aktiviti berkenaan direka untuk menggalakkan penerima sumbangan menjadi pemikir yang ingin tahu dan memberikan mereka peluang bagi berbual secara langsung dengan alumni.
    Dana untuk bekalan itu, berjumlah $3,290, diperoleh melalui penglibatan dalam jualan amal dan ikrar daripada ahli-ahli PASS.

    Pass It On diilhamkan sebagai cara penerima Sultan’s Scholars terdahulu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan menyokong pembangunan akademik pelajar sekolah yang kurang bernasib baik di negara ini.

    Salah seorang ahli PASS mengadakan aktiviti interaktif pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PASS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda