Tuesday, December 24, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar kurang berkemampuan terima sumbangan

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 DIS – Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Dynamik Prihatin, Dynamik Technologies telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan untuk mengagihkan barangan keperluan sekolah kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan di Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dynamik Technologies, di sini, menyatakan inisiatif berkenaan bermatlamat untuk menyokong para pelajar dalam persiapan mereka bagi memulakan tahun persekolahan yang baharu serta untuk meringankan bebanan kewangan kepada keluarga mereka.

    Hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada para pelajar berkenaan ialah Ketua Kewangan Dynamik Technologies, Rachel Chew dan Ketua Perkhidmatan Korporat, Hajah Siti Rozana binti Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

    Inisiatif itu dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi sumbangan kolektif Dynamik Technologies dan kakitangannya.

    Rachel Chew dan Hajah Siti Rozana bergambar ramai bersama pelajar-pelajar kurang berkemampuan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DYNAMIK TECHNOLOGIES
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda